-->
~SusuPutih~

Monday, 6 May 2013

Melaka ohhh Melaka...

Assalamualaikum semua...holla!! Ya Allah lama sangat aku tak update blog nie ye..Maaf sebab saya busy..hehe..Kali nie aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku menjadi student matrikulasi selama setahun..

Pada 28.5.2012 aku bersama teman-temanku mendaftar di Kolej Matrikulasi Melaka...pada mulanya memang berasa sangat gerun kerana orang cakap matrik nie susah la..senang kena tendang la dan macam-macam lagi..okay la aku ringkaskan pengalaman aku..kalau tak memang sampai esok la tak siap-siap lagi..hehe..pengalaman bersama rakan-rakan praktikumku ibarat sebuah keluarga..susah senang kami bersama..pada semester 1 kami tidak berapa rapat sangat..tetapi sejak masuk semester 2 barulah kami rapat..mungkin disebabkan selalu melakukan aktiviti bersama-sama..berkelah,explorace,celebrate birthday,prank kawan-kawan..semuanya best..

Apabila saat perpisahan semakin hampir,kami menjadi semakin rapat..semuanya menjadi sedih..sampaikan budak-budak lelaki yang kononnya macho tu menitiskan air mata..betapa rapatnya kami di situ..pada minggu study week juga aku telah belajar bersama-sama beberapa orang rakan yang dulunya memang aku tak rapat langsung..tetiba je kami menjadi rapat sampaikan saat perpisahan kami tidak mahu berpisah...setiap hari mereka mengejutkan aku untuk mengajak study di library..kenangan bersama mereka tidak akan aku lupakan..owh..ye korang nak tau..aku banyak dapat hadiah dari kawan-kawan aku...yang kelakar tu aku ade jugak dapat mangkuk tingkat..haha..kawan-kawan aku suruh kenang dia..tabung,tudung,surat dan macam-macam lagi...maka pada 30.4.2013 tamatlah status aku sebagai pelajar matrik...

p/s:aku belum cerita pasal roomates aku lagi..post seterusnya aku akan ceritakan..


nah nie dia keluarga aku di Kolej Matrikulasi Melaka...S22P5T5.......




Posted by ~SuSu~ at 08:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 29 September 2012

Mampukah keajaiban berlaku...

Assalamualaikum semua !!! holla...mampukah keajaiban berlaku dalam mase yang terdekat ini...aku berharap sangat keajaiban akan berlaku pada aku...aku sangat tertekan sekarang apabila memikirkan tentang peperiksaan akhir yang akan tiba...macamane aku nak catch up balik topik-topik lepas....tolong la bantu hambamu ini ya allah...aku bermohon kepadaMu..sesungguhnya engkau mendengar luahan hatiku ini....aku merupakan anak sulung dalam keluargaku ya allah...tanggungjawab aku sangat besar...aku perlu banggakan ibu bapa aku....beri semangat kepada adik-adik aku...aku tahu aku mampu melakukannya....aku sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik...aku tak akan berserah sampai disini sahaja....aku ingin melakukan yang terbaik...aku telah mengecewakan ibu bapa aku pada peperiksaan yang lepas ya allah....aku ingin membanggakan ibu bapa aku...mereka telah banyak bersusah payah untuk aku....aku cakap aku sakit pon mereka sangat risau dan sanggup datang melawat aku...ya allah...aku berserah kepadamu..

~sekian sahaja~
Posted by ~SuSu~ at 20:42 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Name : Nur Azmina Izzati

Age : 18

D.O.B : 2 September

State : Johor

Facebook Badge

Nur Azmina Izzati

Create Your Badge

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (1)
    • ▼  May (1)
      • Melaka ohhh Melaka...
  • ►  2012 (15)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (23)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (6)
    • ►  July (10)

Credits

Edited by : Nazurah
Background by : Cik Una

Powered by Blogger.